Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kumpulan Perpustakaan Perubatan PPM Bil. 1/2023

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kumpulan Perpustakaan Perubatan Bil. 1/2023 telah diadakan pada 9 Mac 2023 di Perpustakaan International Medical University (IMU), Kampus Bukit Jalil secara hibrid (Fizikal dan Online) Seramai 24 ahli MLG telah hadir ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Katrun Nada Haji Hashim, Timbalan Pengerusi II MLG sesi 2022/2024 bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah :

  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2022
  3. Perkara Berbangkit
  4. Program/Aktiviti MLG Bagi Tahun 2023-2024
  5. Hal-Hal Lain

Mesyuarat juga dihadiri En Edison Ricket sebagai Wakil PPM ke Evidence for Global and Disaster Health (E4GDH) Special Interest Group IFLA dan beliau telah memberi sedikit taklimat berkenaan aktiviti E4GDH. Lawatan sekitar Perpustakaan IMU juga diadakan untuk ahli MLG yang hadir bagi meninjau perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan IMU.

Leave a comment